Selasa, 27 April 2010

TA expectation @ Sekolah menengah Serasa, muara

Pada mulanya memang saya sangkakan akan ditempatkan di sekolah rendah, tetapi terkejutlah sedikit, begitu jua semua intek Sarjana Muda Pendidikan (malay) semuanya di tempatkan di peringkat menengah, namun begitu saya akan berusaha untuk mengambil peluang TA ini dengan menimba pengalaman.

Memang ini bukan kali pertama saya ke sekolah kerana, saya pernah juga beberapa kali telah membuat kajian ke sekolah menengah dan rendah iaitu pada kali pertama masuk UBD saya pernah mengajar bersama rakan saya di sekolah menengah rimba iaitu menengah satu. Dan ke sekolah rendah membuat kajian tentang assingment saya dengan kumpulan saya.

Apa yang saya harapkan, sekolah menengah tempat saya TA ini akan dapat memberikan kerjasama yang sebaik-baiknya, terutama guru-guru di sana dan saya juga berharap saya akan diberi peluang untuk mengajar, kerana ari situlah saya akan dapat mengetahui sejauh mana keyakinan saya apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar sekolah menengah dan apabila berhadapan dengan kaedaan di sekolah yang sebenar

Bukan itu saja, semua kritikan dan cadangan akan saya terima dengan sebaiknya jika itu dapat menjadikan saya seorang guru yang dedikasi dimasa akan datang. Mudah-mudahan TA ini akan berjalan dengan lancar dan sebaik-baik mungkin.
amin,amin,amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan